Month: April 2011

HELWA Surau Al-'Izzah

Pada 25 April yang lepas, ahli kariah wanita Surau Al-‘Izzah telah mengadakan mesyuarat Bahagian Hal Ehwal Wanita Surau  Al-‘Izzah serta pemilihan ahli Jawatankuasanya.  Dalam mesyuarat tersebut bahagian ini ditukar kepada nama HELWA  Surau Al-‘Izzah  mulai 25 April 2011. Berikut adalah keputusan pemilihan pimpinan HELWA Surau Al-‘Izzah bagi sesi 2010-2013. Penasihat: Pn. Hjh. Aisah bt. Yahya

Kelas Tahfiz Surau Al-'Izzah

Surau Al-‘Izzah akan mengadakan Kelas Tahfiz Al-Quran untuk kanak-kanak dan remaja mulai Jun 2011. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai kelas ini. PENGAMBILAN PELAJAR Terbuka kepada pelajar berumur 9 hingga 12 tahun. Semua calon akan ditemuduga sebelum diterima sebagai pelajar. Bilangan pelajar dihadkan 20 orang (1 kelas) bagi setiap sesi pengajian. Temuduga pada 14 Mei 2011

Program Hidup Zero alasan

Assalamualaikum, Alhamdulillah program remaja Hidup Zero Alasan di Surau Al-‘Izzah pada 17 April 2011 anjuran bersama Surau Al-‘Izzah dan IKRAMTeens Daerah Batu disertai oleh 85 orang remaja, melebihi sasaran penganjur iaitu 60 orang. Selain remaja anak ahli kariah Surau Al-‘Izzah, program ini juga turut disertai oleh remaja dari taman yang berdekatan serta 20 pelajar dari

Sedikitkan ketawa, banyakkan menangis…

Berkata seorang ahli zuhud: “Orang yang melakukan dosa dalam keadaan tertawa akan dimasukkan ke dalam neraka dalam keadaan menangis dan orang yang melakukan ketaatan dalam keadaan menangis akan dimasukkan oleh Allah ke syurga dalam keadaan tertawa.” Ketawa dan menangis adalah aktiviti fizikal khusus manusia. Bagi manusia, keduanya bersifat asasi di mana kemunculannya seiring dengan fitrah

Mesyuarat Agung Khas Pencalonan AJK 2010-2013

Alhamdulillah Mesyuarat Agung Khas Pencalonan JK Surau Al-‘Izzah 2010 – 2013 malam tadi (Rabu 13/4/2011) berjalan dengan lancar dipengerusikan oleh Ustaz Hj Abdul Manaf Jusoh (Timbalan Nazir Masjid Ar-Rahimah) yang mewakili Tuan Nazir. Beliau dibantu oleh Setiausaha Masjid Ar-Rahimah Tuan Haji Rahmat dan Setiausaha Kerja Masjid Ar-Rahimah Tuan Haji Ibrahim Kamal. Seramai 52 ahli kariah

Hidup Zero Alasan

Biodata pengendali program Sdri Raihan Dato’ Mustafa Kamal Pelajar jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa. Aktif dalam program motivasi dan kemasyarakatan. Salah seorang penulis buku “Hidup Zero Alasan”. Seorang hamba Allah yang sentiasa mencari jalan dan peluang untuk memperbaiki diri dan membantu sesiapa yang memerlukan.  Ingin menjadi seorang yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

NOTIS MESYUARAT KHAS PENCALONAN AJK

1 Jamadilawal 1432H 5 April 2011 Kepada: Ahli Kariah Surau Al-‘Izzah Taman Samudra Mitra dan Delphina Batu Caves, Selangor Darul Ehsan Tuan/Puan yang dihormati, Assalamualaikum wm wbt, NOTIS MESYUARAT KHAS PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA SURAU AL-‘IZZAH SESI  2010-2013 Semoga tuan/puan berada dalam kerahmatan dan keberkatan Allah SWT. Merujuk kepada perkara di atas,  sukacita dimaklumkan bahawa Surau

Hampir menitiskan air mata….

Assalamualaikum, Pagi ini (Ahad, 4 April 2011), sambil melakukan kerja dengan laptop, saya dan Syamil (anak bongsu saya) menonton video “I Love Rasulullah” yang produksinya diusahakan oleh Tn Hj Alias, isteri (Pn Siti Hadejah) dan anak-anak beliau. Pn Siti Hadejah telah menyerahkan video ini agak lama juga kepada saya untuk dijual kepada ahli kariah, terutamanya

Mesyuarat Khas Pencalonan JK Surau Al-'Izzah

Assalamualaikum, Makluman awal, alhamdulillah pihak Nazir Masjid Rahimah telah meminta SU Penaja Surau Al-‘Izzah mengeluarkan notis Mesyuarat Khas Pencalonan JK Surau Al-‘Izzah pada 13 April 2011 selepas solat Isya’. Mohon kerjasama semua ahli kariah untuk hadir ke mesyuarat ini bagi melaksanakan tanggungjawab memilih JK Surau Al-‘Izzah. SU akan menghantar surat notis mesyuarat dalam waktu yang