Majlis Pelancaran KRT

Alhamdulillah, kesungguhan JK KRT yang baru untuk menghidupkan semula KRT telah mula menampakkan hasil. Dalam mesyuarat JK KRT yang kedua pada 16 Mac 2011 yang lepas, beberapa biro telah berjaya ditubuhkan. Pihak KRT juga membuat kempen pusingan kedua penyertaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang terbuka kepada penduduk berumur 18 tahun keĀ  Katas. Borang penyertaan telah diedarkan ke setiap rumah.

Bagi memasyhurkan KRT di kalangan penduduk, satu Majlis Pelancaran KRT akan diadakan pada 26 Mac 2011. Semua penduduk Taman Samudra A Fasa 1 dijemput bersama-sama meraikan majlis ini. Aturcara majlis adalah seperti di bawah.

Aturcara Majlis
  • 08.30 – Berkumpul
  • 09.00 – Ketibaan Jemputan
  • 09.00 – 09.30 – Jamuan Ringan
  • 09.30 – Acara Pelancaran KRT
  • 09.45 – 10.00 Penyerahan Notis Pelantikan AJK KRT
  • 10.05 – Cabutan Bertuah
  • 10.10 – 12.00 – Gotong Royong Membersihkan Kawasan Taman

Sokongan daripada semua penduduk amat penting kerana KRT adalah milik kita bersama.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *