Kursus Pengurusan Jenazah

Surau Al-‘Izzah dengan kerjasama Persatuan Khairat Kematian Taman Samudra Mitra dan Delphina akan menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada 23 April 2011 (Sabtu) di Surau Al-‘Izzah. Kursus sehari ini (8.30 pagi – 4.30 ptg) akan dikendalikan oleh Ustaz dan Ustazah dari Jabatan Agama Islam. Penyertaan adalah terhad kepada 70 orang peserta sahaja iaitu 35 peserta lelaki dan 35 peserta perempuan. Yuran penyertaan RM50 sahaja. Pihak penganjur menyediakan minum pagi, makan tengahari dan minum petang. Di samping itu, setiap peserta akan menerima sijil penyertaan pada akhir kursus. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Tn Hj Mohamed Isa (019-727 9790) atau Puan Hjh Siti Hadejah (012-203 8410).

Borang penyertaan boleh diperolehi di Surau Al-‘Izzah atau klik di sini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *