Peluang menghulurkan sumbangan…

Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini, aktiviti Surau Al-‘Izzah berjalan dengan baik dan rancak sekali. Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh, Qiam, Berbuka Puasa Sunat, Program Remaja, Program Anak-anak, Gotong-Royong dan sebagainya mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Program-program ini disamping dapat mengimarahkan rumah Allah, menambahkan ilmu dan amal para jemaah, me”mesra”kan anak-anak dan remaja kita dengan surau, ianya juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli kariah…. alhamdulillah.

Apabila banyak program, banyaklah pula perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh pihak surau. Dalam mesyuarat JK Surau malam tadi, anggaran perbelanjaan surau setiap bulan ialah sebanyak RM1,500.00. Seperti yang kita sedia maklum, sumber kewangan surau adalah bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang-ramai.

Selain mengharapkan sumbangan yang masuk melalui tabung yang diletakkan di surau, antara usaha lain ialah mengadakan sumbangan bulanan min RM5/bulan yang dimulai oleh AJK Surau. Sumbangan ini juga dibuka kepada ahli kariah. Kalau ada 50 orang yang menyumbang tetap setiap bulan, sekurang-kurangnya melalui cara ini surau mendapat RM250 sebulan.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dipelawa untuk menghulurkan sumbangan bagi menampung kos bulanan seperti di bawah:

  1. Saguhati penceramah Kuliah Maghrib & Kuliah Subuh : RM800/sebulan
  2. Jamuan selepas kuliah : RM500/bulan
  3. Lain-lain : RM200/bulan

Atau menyumbang untuk keperluan-keperluan lain seperti berikut (anggaran):

  1. Filing Carbinet : RM260
  2. Tambahan 3 lori batu untuk kawasan parking : RM550 x 3 = RM1,650
  3. Roller Shutter untuk sliding door kaca = RM400
  4. Ganti tangki najis : RM5,000
  5. Longkang V-Shape tepi kawasan parking : RM5,000

Oleh kerana Surau Al-‘Izzah masih dalam proses pemilihan JK baru pasca pendaftaran dengan JAIS, akaun atas nama surau belum boleh dibuka lagi. Bagi tuan/puan yang ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah bank in ke dalam akaun bersama SU dan Bendahari Surau iaitu atas nama: MOHAMED ISA BIN ALI / ABD RAHMAN BIN ABDULLAH, akaun Maybank 564 025 400 502.

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh  menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
Al-Baqarah 2:261

Semoga sumbangan yang bakal dihulurkan oleh tuan/puan diberkati Allah SWT.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *