Contohi Ukhuwah Islamiah Rasulullah SAW

Alhamdulillah Ceramah Khas Maulidurrasul “Contohi Ukhuwah Islamiah Rasulullah SAW” pada 14 Feb di Surau Al-‘Izzah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada ahli kariah dan juga penduduk taman kawasan sekitar. Ceramah yang disampaikan oleh Al-Ustaz Saudi Arof (foto) memberi fokus khusus kepada ukhuwah Islamiyah yang ditunjukkan oleh Ar-Rasul SAW. Memulakan bicara Ustaz Saudi telah memberikan definisi “Ukhuwah Islamiah adalah keterikatan hati dan jiwa antara satu dengan yang lain atas dasar ikatan aqidah”.

Ustaz Saudi telah menggariskan 9 perkara yang boleh mengukuhkan ukhuwah Islamiah iaitu:

  1. Memberitahu kecintaan kita kepada saudara yang kita cintai
  2. Memohon dido’akan bila berpisah
  3. Menunjukkan kegembiraan dan senyuman bila berjumpa
  4. Berjabat tangan bila berjumpa
  5. Mengucapkan selamat bila saudara kita “berjaya”
  6. Memberikan hadiah pada masa-masa tertentu
  7. Sering bersilaturahim (menziarahi saudara)
  8. Memperhatikan saudaranya dan membantu keperluannya
  9. Memenuhi hak ukhuwah saudaranya

Buah daripada ukhuwah islamiah ialah seperti berikut:

  1. Merasakan lazatnya iman
  2. Mendapatkan perlindungan Allah di hari kiamat (termasuk dalam 7 golongan yang istimewa)
  3. Mendapatkan tempat khusus di syurga, maksud firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 45-48, “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman. Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.” (al-Hijr: 45-48)

Sama-samalah kita contohi ukhuwah islamiah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *