Forum Maya

SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI
FORUM MAYA (E-GROUPS) SURAU AL-’IZZAH?

Assalamualaikum wm wbt,

Ahli kariah Surau Al-’Izzah yang dihormati,

Untuk makluman semua, Forum Maya (e-groups) Surau Al-’Izzah telah wujud sejak bulan Julai 2010. Forum Maya ini diwujudkan untuk kemaslahatan bersama khususnya perkembangan dan pembangunan Surau Al-‘Izzah. Forum Maya ini juga berperanan sebagai saluran komunikasi dan perkongsian ilmu antara JK Surau dan ahli kariah dan juga sesama ahli kariah. Harapan bersama supaya Forum Maya ini dapat merapatkan lagi hubungan ukhuwwah antara kita.

Sehubungan dengan itu, ahli kariah yang belum lagi berada dalam Forum Maya ini diharap dapat mendaftar melalui salah satu daripada cara-cara berikut:

  1. Menghantar emel kepada moderator wmzukri@readnetwork.com dengan menyatakan nama dan alamat rumah
  2. Menghantar alamat emel secara SMS ke talian 012-320 3434 dengan menyatakan nama dan alamat rumah

Kerjasama Tuan/Puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Lawati www.surau-alizzah.com untuk mengikuti perkembangan terkini Surau Al-‘Izzah.

Sekian, wassalam.

Moderator
Forum Maya Surau Al-’Izzah
wmzukri@readnetwork.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *