Majlis Taklimat KRT & Lantikan JK KRT Taman Samudra A Fasa 1

Jumaat, 28 Jan 2011 РMajlis Taklimat KRT & Lantikan JK KRT Taman Samudra A Fasa 1 yang diadakan pada 28 Jan lepas secara umumnya berjaya mencapai 2 objektif utama iaitu Taklimat KRT dan Lantikan JK KRT (berstatus cadangan sehingga disahkan). Kedua-dua objektif ini penting untuk menghidupkan semula KRT di Taman Samudra A Fasa 1.  Majlis yang bermula 9.30 malam tamat 11.00 malam termasuk jamuan seperti yang dirancangkan. Kehadiran bertulis seramai 78 orang, jika dikira yang tidak menulis kehadiran dan kanak-kanak, kehadiran hampir 100 orang.

Taklimat yang disampaikan oleh En Magedran selama lebih kurang 45 minit dan sesi soal jawab selama 10 minit pada saya berjaya memberi pendedahan menyeluruh kepada hadirin mengenai KRT, peranan KRT dan bahagian-bahagian dalam KRT iaitu Jiran Wanita, Jiran Muda, Jiran Warga Emas, Tunas Jiran, SRS (Skim Rondaan Sukarela) dan Tabika Perpaduan. Setiap bahagian ada peranan dan aktiviti yang tersendiri. Selama ini mungkin sebahagian daripada kita nampak KRT dari sudut “rondaan keselamatan” sahaja.

En Magedran yang sampai 15 minit lebih awal bersama penolongnya Puan Azean, menyatakan perasaan gembira beliau dengan persiapan tempat, siaraya dan kehadiran yang memberangsangkan. Puan Azean sebelum meninggalkan majlis selepas jamuan, berkali-kali memaklumkan beliau dan pegawai di JPNIN Gombak bersedia membantu untuk memastikan KRT taman kita dapat bergerak dan berjalan dengan baik.

Tahniah kepada JK (cadangan) KRT yang diketuai oleh Mej Mohd Yusof Sadri dibantu JK utamanya terutama SU Sdra Shamsuri Md Said serta JK Surau Al-‘Izzah yang bertungkus lumus memastikan majlis ini berjalan dengan jayanya. Penghargaan khas juga sewajarnya diberikan kepada wanita surau Al-‘Izzah yang menyediakan jamuan kepada tetamu dan juga penduduk yang hadir. Semoga¬† amalan kita diterima oleh Allah SWT sebagai amal soleh yang mendapat ganjaran di akhirat kelak.

Jom kita sama-sama berusaha agar KRT Taman Samudra A Fasa 1 bergerak dengan jayanya!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *