Ziarah Mr Chan – Mangsa rompakan

Dari kiri: Hj Jaafar, Sdra Hadi (JK Kebajikan Surau Al-'Izzah), Mej Yusoff dan En Chan di Hospital Sentosa

Rabu, 12 Jan 2011 – Alhamdulillah, selepas perjumpaan dengan En Magendran Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Gombak di Selayang, Sdra Abd Hadi, Mej Yusoff, Hj Jaafar dan Hj Alias telah menziarahi En Chan di Hospital Sentosa mewakili JK Surau Al-‘Izzah. En Chan yang tinggal di Jalan Samudra Timur 8 telah diserang oleh perompak bersenjatakan parang lebih kurang jam 5.00 pagi beberapa hari yang lepas. Ketika itu En Chan sedang bersiap untuk menghantar akhbar ke rumah-rumah. Beliau ditetak dengan parang di kepala, tangan dan leher. Kaki beliau juga cedera kerana terjatuh dan terpaksa melakukan pembedahan untuk memasukkan besi.

Pihak Surau Al-‘Izzah melalui JK Kebajikan juga telah memberi sedikit sumbangan kepada En Chan untuk meringankan sedikit bebenannya.

Satu usaha sedang dilakukan untuk mengaktifkan semula KRT Taman Samudra Fasa 1A (Mitra Delfina) untuk menjaga keselamatan di kawasan taman kita.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *