PENCALONAN DAN PEMILIHAN PEGAWAI DAN JK SURAU AL-‘IZZAH
Assalamualaikum wm wbt,
Tuan/Puan yang dihormati,
PENCALONAN DAN PEMILIHAN PEGAWAI DAN JK SURAU AL-‘IZZAH
Semoga tuan/puan dan keluarga berada dalam kerahmatan dan keberkatan Allah SWT.
Merujuk kepada perkara di atas, Surau Al-‘Izzah dalam proses untuk membuat lantikan Pegawai dan JK Surau bagi Sesi 2010/2013. Berikut adalah tarikh-tarikh yang telah ditetapkan sehingga Mesyuarat Agung Khas Pencalonan AJK Surau diadakan.
Tarikh | Perkara |
10 Jan 2011 hingga 15 Jan 2011 |
PENCALONAN JAWATAN (Menggunakan borang dilampirkan) PENCALONAN DITUTUP 15 JAN 2011 |
16 Jan 2011 |
MENYERAHKAN BORANG PENCALONAN KEPADA MASJID |
17 Jan 2011 |
PAMERKAN SENARAI PENCALONAN UNTUK AHLI KARIAH SETELAH DISAHKAN OLEH NAZIR MASJID |
TARIKH AKAN DITENTUKAN KEMUDIAN | MESYUARAT KHAS DIPENGERUSIKAN OLEH NAZIR MASJID |
Sehubungan dengan itu, tuan/puan yang telah mendaftar sebagai ahli kariah layak untuk mencalon dan juga dicalonkan sebagai Pegawai dan JK Surau Al-‘Izzah bagi Sesi 2010/2013. Senarai ahli kariah boleh dilihat di Papan Kenyataan Surau dan juga di www.surau-alizzah.com.
Bersama ini dilampirkan Borang Pencalonan Pegawai dan JK Surau Al-‘Izzah untuk diisi oleh tuan/puan. Dilampirkan juga senarai JK Penaja Surau Al-‘Izzah. Sila kembalikan borang ini kepada SU Penaja Surau Hj Mohamed Isa Ali (019-727 9790) sebelum atau pada 15 Jan 2011.
Sekian, wassalam.
Yang diamanahkan,
Haji Desa bin Ali
Pengerusi Penaja Surau Al-‘Izzah