January 4, 2011
Pelan Pembangunan Surau Al-'Izzah
Antara keputusan Mesyuarat JK Surau Al-‘Izzah pada 3 Jan 2011 ialah penyiapan perancangan keseluruhan Surau Al-‘Izzah bagi tahun 2011. Pelan pembangunan setahun ini penting supaya kita dapat menngerakkan usaha untuk mendapat sumbangan dengan lebih baik. Pembangunan Surau Al-‘Izzah yang disenaraikan ialah seperti berikut:
- Mengambil tempat parking sebelah surau – (siap sebelum 1 Mac)
- Cadangan adakan Pejabat Surau (siap sebelum 1 Mac)
- Signage tunjuk arah surau di jalan utama Taman Samudera (siap sebelum 1 Mac)
- Pembesaran bahagian wanita (Siap sebelum 1 Dis)
- Pembaharuan atap dan pembinaan menara (dibawa ke tahun 2012)
- Pagar surau untuk keselamatan (lihat semula kesesuaian)
Perancangan pembangunan keseluruhan termasuk pelan dan anggaran kos perlu disiapkan oleh JK Penyelenggaraan & Teknikal pada 18 Jan 2011 (2 minggu dari tarikh mesyuarat) untuk diluluskan di peringkat JK Surau Al-‘Izzah.
Sama-samalah kita membantu menjayakan pembangunan Surau Al-‘Izzah untuk keselesaan bersama.
Wassalam.