Pelaksanaan Taqwim 2011

Alhamdulillah, Taqwim 2011/1432H Surau Al-‘Izzah yang siap menjelang 1 Jan 2011, iaitu pagi 31 Dis 2010 telah mula dibeli oleh ahli kariah dengan harga RM5. Ada yang beli 1, 2 dan ada juga yang beli sehingga sepuluh keping. Taqwim bersaiz 20″ x 30″ cetakan warna penuh atas kertas matt art 157gm (agak tebal berbanding kalendar dinding biasa) ini juga sesuai dijadikan taqwim peribadi atau keluarga kerana setiap tarikh mempunyai ruang yang cukup untuk anda mencatat tarikh-tarikh penting lain seperti Hari Jadi anak-anak, Majlis Perkahwinan anak-anak atau saudara-mara dan sebagainya.

Tentunya semua ahli kariah telah mendapat surat daripada pihak surau yang memaklumkan mengenai taqwim ini dan juga program Tabungan Ibadah Korban 1432H Surau Al-‘Izzah yang telah diedarkan ke semua rumah ahli kariah. Sekiranya belum dapat, surat dan borang penyertaan tabungan korban boleh dimuatturun di sini dan di sini.

Menguruskan penyiapan Taqwim dan seterusnya mencetak walaupun ada cabarannya, namun untuk melaksanakan segala perancangan aktiviti di dalam Taqwim lebih mencabar dan perlu kepada komitmen yang tinggi. Sudah tentu ianya memerlukan komitmen secara kolektif, jamaie dan kerjasama daripada semua pihak iaitu JK Surau, ahli Kariah, para penceramah jemputan dan pihak-pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.

Fasa pertama dalam pelaksanaan Taqwim iaitu merancang, mencetak dan mengedarkan kepada ahli kariah telah berjaya dilakukan. Fasa kedua iaitu menentukan JK yang bertanggungjawab bagi setiap aktiviti juga telah berjaya dilaksanakan dalam mesyuarat surau pada 3 Jan 2011. Ringkasan aktiviti beserta JK yang bertanggung jawab boleh dimuatturun di sini.

Fasa berikutnya ialah fasa pelaksanaan… jom kita sama-sama jayakan taqwim ini dan jadikan usaha kita yang kerdil ini sebagai pemberat amal kita apabila mengadap Allah SWT.

Wassalam.

Abu Syamil

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *