PROGRAM TABUNGAN IBADAH KORBAN 1432H

Untuk kemudahan ahli kariah melaksanakan ibadah korban pada tahun 1432H, pihak surau telah mengambil inisiatif mewujudkan Program Tabungan Ibadah Korban 1432H. Melalui program ini ahli kariah boleh menabung secara bulanan mulai Jan 2011 dengan jumlah tabungan RM40 sebulan selama 10 bulan. Harga satu bahagian lembu Korban termasuk pengurusan dan jamuan ialah RM400.00.

Borang penyertaan Program Tabungan Ibadah Korban ini boleh dimuat turun di sini.

“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

1. PROGRAM TABUNGAN KORBAN 1432H – Untuk kemudahan ahli kariah melaksanakan ibadah korban pada tahun 1432H, pihak surau telah mengambil inisiatif mewujudkan Program Tabungan Ibadah Korban 1432H. Program ini bermula pada Jan 2011 dengan jumlah tabungan RM40 sebulan selama 10 bulan. Harga satu bahagian lembu Korban termasuk pengurusan dan jamuan ialah RM400.00. Bersama ini dilampirkan borang penyertaan Program Tabungan Ibadah Korban ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *