Qiamullail, Kuliah Subuh & Kelas Tajwid…

Alhamdulillah, sepanjang minggu lepas dan awal minggu ini, program-program yang disusun di Surau kita berjalan dengan baik kecuali Kuliah Subuh pada pagi Sabtu 25 Disember 2010. Apa pun Kuliah Subuh pagi Sabtu tersebut adalah tambahan kepada Kuliah Subuh yang disusun dalam Taqwim Surau kita. Qiamullail pada pagi hari Ahad (26 Dis) yang dipimpin oleh Ustaz Rashidi dan seterusnya Kuliah Subuh pada pagi yang sama oleh Ustaz Termizi mendapat Sambutan yang baik daripada ahli kariah.

Untuk makluman bersama, Kuliah Tajwid pimpinan Ustaz Zool Amali yang dimulakan oleh muslimat juga telah dibuka kepada muslimin dan kelas pertama telah diadakan pada hari Ahad malam Isnin (26 Dis) dan juga hari Isnin malam Selasa (27 Dis).

Ustaz Termizi akan menyampaikan Kuliah Subuh bulanan pada pagi hari Ahad minggu ke-4 setiap bulan, iaitu sekali dengan program Qiamullail bulanan. Dalam Kuliah Subuh ini, beliau akan mengupas kitab “Al-Kabair” atau  “Dosa-dosa Besar” karangan Imam Adz-Zahabi.

Sebagai bacaan awal, 70 DOSA BESAR MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH yang dibahas oleh Imam adz-Dzahabi dalam buku ini ialah:

  1. Syirik
  2. Membunuh
  3. Sihir
  4. Meninggalkan Sembahyang
  5. Tidak Mengeluarkan Zakat
  6. Berbuka di siang hari Bulan Puasa Tanpa Udzur
  7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Mampu
  8. Durhaka Kepada Ibu Bapa
  9. Memutuskan Silaturrahim
  10. Berzina
  11. Homoseks (Liwat)
  12. Memakan Riba
  13. Memakan Harta Anak Yatim
  14. Berbuat Dusta terhadap Allah S.W.T dan Rasul
  15. Lari dari Medan Perang
  16. Sombong dan Sejenisnya
  17. Kesaksian Palsu
  18. Meminum minuman Keras
  19. Pemimpin Yang Penipu dan Penganiaya Rakyat
  20. Berjudi
  21. Menuduh orang baik melakukan Zina
  22. Menipu harta rampasan Perang
  23. Mencuri
  24. Merampok/Menyamun
  25. Sumpah Palsu
  26. Berlaku Aniaya
  27. Memungut Cukai
  28. Makan barang Haram
  29. Bunuh Diri
  30. Berbohong
  31. Hakim yang Tidak adil
  32. Menerima Suap
  33. Wanita yang menyerupai Lelaki
  34. Lelaki yang Membiarkan Itrinya Berbuat Serong
  35. Cinta Buta
  36. Tidak Menjaga diri terhadap Air Seni
  37. Riya’
  38. Menuntut Ilmu Untuk Dunia
  39. Khianat
  40. Mengungkit-ungkit Pemberian
  41. Mangingkari Takdir
  42. Menguping Rahasia Orang lain
  43. Namimah (Mengadu Domba)
  44. Banyak Melaknat
  45. Menipu dan Mengingkari Janji
  46. Membenarkan Dukun dan Tukang Ramal
  47. Durhaka kepada Suami
  48. Menggambar dan Melukis
  49. Memukul wajah, menjerit, merobek pakaian, jika terkena Musibah
  50. Bertindak Melampaui Batas
  51. Bertindak Semena-mena Kepada Yang Lemah, Budak, Istri dan Binatang
  52. Menyakiti Tetangga
  53. Menyakiti dan Mencela Orang-orang Islam
  54. Menyakiti Hamba Allah S.W.T dan Bertindak Lalim Kepada Mereka
  55. Isbal (enjulurkan Kain di Bawah Mata Kaki dengan Sombong)
  56. Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
  57. Budak Lari dari Tuannya
  58. Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
  59. Menasabkan Diri kepada Selain Bapaknya Sendiri
  60. Berdebat dan Bersengketa
  61. Menahan Kelebihan Air Bagi Orang-orang yang Memerlukan
  62. Mengurangkan Timbangan
  63. Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
  64. Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
  65. Meninggalkan Sembahyang Berjamaah
  66. Terus-menerus Meninggalkan Sembahyang Jumaat
  67. Mendatangkan Kerugian dalam Wasiat
  68. Makar dan Tipudaya
  69. Memata-matai Orang Islam dan Membeberkan Rahasia mereka
  70. Mencela Sahabat Nabi

Download ebook ini di http://www.4shared.com/file/58393943/4170d276/DosaDosaBesar.html

Wassalam.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *