Berbuka Puasa 10 Muharram Mendapat Sambutan Baik

Alhamdulillah, program Berbuka Puasa Sunat 10 Muharram pada 16 Disember lepas di Surau Al-‘Izzah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada ahli kariah. Ramai juga anak-anak remaja yang turut serta. Ini adalah program berbuka secara jamaie kedua tashun ini di Surau kita selepas program pertama sempena Hari Arafah pada 9 Zulhijjah lepas yang juga mendapat sambutan yang baik.

Terasa sungguh kemeriahan dan keseronokan bila berbuka ramai-ramai berbanding dengan berbuka sendiri-sendiri di rumah. Itulah keberkatan bila beramal bersama-sama.

InsyaAllah program berbuka puasa sunat di Surau kita akan diteruskan setiap bulan pada hari Khamis minggu ke-4. Semoga dengan berbuka secara jamaie ini memberi motivasi lagi kepada kita semua untuk melakukan ibadah puasa sunat setiap bulan terutamanya pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Terimakasih di atas kerjasama semua. Semoga Amalan kita diberkati Allah SWT.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *