Untuk kemudahan ahli kariah melaksanakan ibadah korban pada tahun 1432H, pihak surau telah mengambil inisiatif mewujudkan Program Tabungan Ibadah Korban 1432H. Melalui program ini ahli kariah boleh menabung secara bulanan mulai Jan 2011 dengan jumlah tabungan RM40 sebulan selama 10 bulan. Harga satu bahagian lembu Korban termasuk pengurusan dan jamuan ialah RM400.00. Borang penyertaan Program
Alhamdulillah, artwork Taqwim 2011/1432H Surau Al-‘Izzah telah dihantar untuk output plate (CTP) lewat malam tadi (29 Disember 2010). Plate siap tengahari ini dan mula dicetak petang ini (Khamis 30 Disember) atau pagi esok (31 Disember). Jangkaan siap insyaAllah petang esok. Taqwim ini lengkap dengan jadual aktiviti Surau Al-‘Izzah tahun 2011 dan Jadual Waktu Solat 2011.
Oleh: Dr. Ahmad Solah Beribu-ribu sebab yang memerlukan kita untuk memperbaharui iman, kembali merenung tentang hubungannya dengan Allah dan mengembalikan ruh kepada perasaan keimanan. Beribu-ribu sebab yang memerlukan kita merasa bimbang imannya mulai lemah, hatinya mulai berkarat dan ruhnya mulai tunduk kepada tarikan duniawi, masalah amal dan hidup, konflik manusia, hawa nafsu, pintu-pintu syaitan, keinginan
Alhamdulillah, sepanjang minggu lepas dan awal minggu ini, program-program yang disusun di Surau kita berjalan dengan baik kecuali Kuliah Subuh pada pagi Sabtu 25 Disember 2010. Apa pun Kuliah Subuh pagi Sabtu tersebut adalah tambahan kepada Kuliah Subuh yang disusun dalam Taqwim Surau kita. Qiamullail pada pagi hari Ahad (26 Dis) yang dipimpin oleh Ustaz
TAQWIM 2011 Surau Al-‘Izzah yang telah dikemaskini boleh dimuat turun di sini. Taqwim 2011 Surau Al-‘Izzah akan dicetak dalam saiz A2 lengkap dengan waktu solat bagi kawasan Gombak dan kawasan-kawan yang sewaktu dengannya. Kos percetakan Taqwim ini ditaja oleh sebuah syarikat milik ahli kariah Surau Al-‘Izzah. Taqwim versi cetak yang dijangka siap dalam minggu ini
Nabi Yusuf as tidak pernah berhenti melakukan usaha-usaha dakwah di setiap ruang dan waktu bermula: Sejak difitnah oleh isteri pemerintah Ketika masuk ke dalam penjara Semasa menjawat kedudukan penting Firman Allah swt: “Katakanlah: Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Maha suci Allah dan aku tiada termasuk
Alhamdulillah, program Berbuka Puasa Sunat 10 Muharram pada 16 Disember lepas di Surau Al-‘Izzah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada ahli kariah. Ramai juga anak-anak remaja yang turut serta. Ini adalah program berbuka secara jamaie kedua tashun ini di Surau kita selepas program pertama sempena Hari Arafah pada 9 Zulhijjah lepas yang juga mendapat sambutan
Salam, Semua ahli kariah yang berpuasa sunat hari Assyura pada 10 Muharram dijemput untuk sama-sama berbuka puasa di Surau Al-‘Izzah. Makanan secara potluck. Semoga program ini dapat mengimarahkan lagi surau kita serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita. Wassalam.
Oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad Puasa di Bulan Muharram, Seutama-utama Puasa Rasulullah SAW mendorong kita untuk banyak melakukan puasa pada bulan tersebut sebagaimana sabdanya, “Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah – Muharram. Sementara shalat yang paling utama setelah shalat wajib adalah shalat malam.” (HR. Muslim no. 1163) Dari hadits
Amalan Berdoa Awal dan Akhir Tahun Oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri Semalam, 17 januari 2007, dalam satu kuliah untuk muslimat tentang ma`al hijrah, seorang muslimat menimbulkan persoalan: amalan-amalan yang sudah biasa dilakukan oleh orang Melayu sejak beberapa lama tentu ada sandarannya daripada al-Quran dan Sunnah. Contohnya amalan berhimpun malam nisf Sya`ban. Persoalan ini