Gotong-royong, Iftar Jamaie, Solat Sunat Eidul Adha, Sembelihan Korban, Memasak & Jamuan

Semua ahli Kariah Surau Al-‘Izzah dijemput sama-sama meraikan Sambutan Eidul Adha di Surau Al-‘Izzah dengan menyertai program-program berikut:

  1. 14 Nov (Ahad), 9.00 pagi – 12.00 tgh : Gotong-royong menyediakan tempat sembelihan korban (gali lubang dan sebagainya), membersih surau dan mengedarkan flyer Sambutan Korban Surau Al-‘Izzah ke rumah-rumah.
  2. 16 Nov (Selasa), waktu Maghrib : Berbuka Puasa Jamaie di Surau Al-‘Izzah sempena Puasa Sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah.
  3. 17 Nov (Rabu), 8.30 pagi : Solat Sunat Eidul Adha. Sila bawa makanan (potluck) untuk sarapan bersama di Surau Al-‘Izzah.
  4. 17 Nov (Rabu), 9.30 pagi : Sembelihan Korban 4 ekor lembu secara gotong-royong.
  5. 17 Nov (Rabu), 10.00 pagi : Memasak secara gotong-royong (diuruskan oleh wanita).
  6. 17 Nov (Rabu), 1.30 ptg : Jamuan tengahari

JOM raikan Eidul Adha @ Surau Kita!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *