November 3, 2010
Selamat Berangkat ke Tanah Suci
Seorang AJK Penaja Surau Al-‘Izzah iaitu Sdra Mohd Suhuli bin Hassan (berbaju maroon) dan isteri dari rumah no. 38 Jalan SS10 akan berangkat ke Tanah Suci Mekah melalui penerbangan Haji pada 3 Nov 2010 (malam). Semasa majlis meraikan bakal haji dan hajjah Surau Al-‘Izzah pada 21 Oktober yang lepas, Sdra Suhuli juga memohon maaf daripada semua ahli kariah dan medoakan agar beliau dapat menyempurnakan ibadah haji dengan baik.
Semoga beliau, isteri dan ahli kariah Surau Al-‘Izzah lain yang terpilih menjadi tetamu Allah pada tahun ini dipermudahkan urusan ibadah Haji oleh Allah SWT, dikurniakan Haji Mabrur dan seterusnya kembali ke tanah air dengan selamat insyaAllah.
One Comment
Assalaamualaikum.
Tolong sampaikan salam kami kepada Tuan Haji Mohd Suhuli Hasan, dari kami pak aji pak aji yang pernah bermukim bersama beliau di Qamar Mawaddah (musim haji 2010) Makkah.
Ziarah lah laman facebook kami di
facebook.com/people/Qamar-Mawaddahhaj/100002427552264
Sekian.
Assalaamualaikum.