Month: November 2010

Bangunkan Semangat Berkorban

Assalamualaikum, Alhamdulillah, kita bersyukur di atas nikmat dan kebahagiaan yang tidak terhingga kepada Allah swt bahawa dalam beberapa lagi kita akan merayakan hari raya Aidil Adha, hari raya terbesar bagi umat Islam yang bersifat antarabangsa setelah dua bulan sebelumnya kita merayakan hari raya Aidil Fitri. Pada hari tersebut, sekitar dua hingga tiga juta umat Islam

Puasa Sunat Hari Arafah

Bilakah hari ‘Arafah? Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim). Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di

Peristiwa di Bulan Zulhijjah

Oleh: Tariq Abdul Rahman Bulan Zulhijjah merupakan bulan-bulan yang mempunyai kedudukan tertinggi di dalam jiwa umat Islam, iaitu salah satu bulan-bulan Haram dan bulan yang mengandungi beberapa peristiwa besar, yang paling utama dan paling besar ialah perhimpunan Islam sedunia sempena menunaikan fardu haji. Di antara peristiwa di bulan yang agung ini:

Gotong-royong, Iftar Jamaie, Solat Sunat Eidul Adha, Sembelihan Korban, Memasak & Jamuan

Semua ahli Kariah Surau Al-‘Izzah dijemput sama-sama meraikan Sambutan Eidul Adha di Surau Al-‘Izzah dengan menyertai program-program berikut: 14 Nov (Ahad), 9.00 pagi – 12.00 tgh : Gotong-royong menyediakan tempat sembelihan korban (gali lubang dan sebagainya), membersih surau dan mengedarkan flyer Sambutan Korban Surau Al-‘Izzah ke rumah-rumah. 16 Nov (Selasa), waktu Maghrib : Berbuka Puasa

Takbir Raya

Pada Hari Raya Eidul Adha, antara yang disunatkan ialah bertakbir sama ada bersendirian atau beramai-ramai di masjid, surau atau di rumah. Waktu disunatkan bertakbir bermula pada petang hari Arafah atau 9 Zulhijah dan pada hari-hari Tasyriq, iaitu hari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah. Pada prinsipnya, takbir Hari Raya dituntut adalah kerana ia menunjukkan kemenangan.

10 Hari Pertama Zulhijjah

Oleh: Syeikh Ahmed Ahmed Jad Allah telah bersumpah dengan hari-hari 10 pertama Zulhijjah. Firman Allah: “1. Demi fajar, 2. Dan malam yang sepuluh, 3. Dan yang genap dan yang ganjil”. (Al-Fajr: 1-3) Menurut setengah ahli tafsir: “fajr” ialah fajr hari Nahar (Eidul Adha), iaitu hari haji akbar (terbesar). “Dan malam yang sepuluh” ialah dari awal

Selamat Berangkat ke Tanah Suci

Seorang AJK Penaja Surau Al-‘Izzah iaitu Sdra Mohd Suhuli bin Hassan (berbaju maroon) dan isteri dari rumah no. 38 Jalan SS10 akan berangkat ke Tanah Suci Mekah melalui penerbangan Haji pada 3 Nov 2010 (malam). Semasa majlis meraikan bakal haji dan hajjah Surau Al-‘Izzah pada 21 Oktober yang lepas, Sdra Suhuli juga memohon maaf daripada

Bagaimana Memperolehi Haji Mabrur

Oleh: Dr. Jamal Madhiy Makna haji mabrur Di dalam setengah hadith menyatakan bahwa haji yang sempurna sebagai haji yang mabrur. Sabda nabi saw: “Haji yang mabrur tidak ada balasan yang setimpal melainkan balasan syurga”. (Bukhari) Oleh sebab itu kita sangat perlu mengenali tanda-tanda haji mabrur. Apakah perkara yang menyebabkan tercapai haji mabrur supaya kita dapat

Mengenai Ibadah Qurban

“Tidak ada satu amalan yang paling dicintai Allah dari Bani Adam ketika Hari Raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagialah