October 20, 2010
Kelas al-Quran untuk Muslimah
Surau Al-‘Izzah telah mengadakan kelas mingguan al-Quran khusus untuk muslimah pada setiap hari Rabu malam Khamis selepas solat Maghrib mulai 13 Oktober 2010. Kelas ini dibimbing oleh al-Ustaz Zool Amali Muhd Noor. Kelas pertama mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli kariah. Sehubungan dengan itu, surau Al-‘Izzah menjemput ahli kariah di kalangan muslimah untuk hadir bersama dalam kelas al-Quran yang dibimbing guru yang berpengalaman ini.
Jom ke kelas al-Quran @ surau kita!
(Sumber biodata Ustaz Zool daripada http://www.ipminda.com/blog/)