Solat Hajat & Majlis Meraikan Bakal Haji

InsyaAllah Surau Al-‘Izzah akan mengadakan program Solat Hajat sempena Majlis Meraikan Bakal Haji di kalangan ahli kariah Surau Al-‘Izzah. Majlis ini akan diadakan pada hari Khamis malam Jumaat, 21 Oktober 2010. Setakat ini pihak surau telah mengenalpasti beberapa orang ahli kariah yang akan mengerjakan haji tahun ini. Namun begitu, mungkin ada lagi ahli kariah yang diberi kelapangan menjadi tetamu Allah tahun ini tidak disedari oleh pihak JK Surau. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua untuk memaklumkan samada diri sendiri atau jiran yang akan ke Mekah tahun ini.

Jom Solat Hajat dan raikan bakal haji@surau kita!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *