October 19, 2010
Program Korban di Surau Al-'Izzah
Antara keputusan Mesyuarat JK Surau Al-‘Izzah pada 18 Oktober 2010 ialah mengenai Program Korban Eidul Adha di Surau Al-‘Izzah iaitu:
- Solat sunat Eidul Adha akan diadakan di Surau Al-‘Izzah
- Penyertaan korban dibuka kepada ahli kariah dengan bayaran RM370 satu bahagian
- Penyertaan terhad, tarikh tutup penyertaan pada 24 Oktober 2010, borang boleh didapati di surau atau muaturun di sini
- Penyembelihan lembu korban, melapah, agihan daging dan memasak untuk jamuan akan diadakan selepas solat sunat Eidul Adha
- Ahli kariah diminta untuk bersama-sama solat sunat Eidul Adha di Surau Al-‘Izzah dan seterusnya bersama-sama menjayakan penyembelihan lembu korban, melapah, agihan daging korban, memasak sehingga jamuan.
Jom korban@surau kita!