October 1, 2010
Persiapan akhir SHP & MHR Surau Al-'Izzah
Malam tadi (30 September) selepas solat Isyak, JK Surau Al-‘Izzah telah mengadakan perbincangan mengenai persiapan akhir majlis Solat Hajat Perdana dan juga majlis Hari Raya Aidilfitri. Antara perkara yang disentuh ialah tugasan yang telah diberikan kepada beberapa lorong/jalan iaitu:
- Samudera Selatan: Satay (Hj Suhairy) dan doorgift (Sdr WM Zukri)
- Samudera Selatan 8: Mee, meehon, soto dan pulut kuning (PIC Sdr Kusaini dan Sdr Tauhid)
- Samudera Selatan 9: Lodeh & nasi impit (PIC Hj Burhan)
- Samudera Selatan 7: Pinggan, mangkuk, cawan, gelas, sudu, garfu, plastik sampah dlln (Sdr Zamri)
- Samudera Selatan 10: Buah-buahan (Hj Isa)
- Samudera Timur: Pencuci mulut (Hj Alias dan Isteri)
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan ada lagi tambahan roti jala dari SS5 sdr Zaki.
Perkara-perkara lain yang dibincang dan diputuskan ialah:
- Solat hajat dan bacaan yaasin diimamkan dan diketuai oleh ustaz Muhammad (imam Surau Al-‘Izzah)
- Surau akan sediakan air mineral botol kecil sebanyak 5 dozen. Air ini diberikan kepada pelajar pada akhir majlis solat hajat (Tindakan Sdr Zaki)
- Anak-anak digalakkan juga mengajak kawan-kawan sekelas mereka dari qariah lain untuk sama-sama hadir solat hajat ini (Tindakan Semua)
- Makluman solat hajat juga akan dibuat melalui isteri Hj Burhan di Sekolah Menengah Seri Gombak (Tindakan Hj Burhan)
- Semua JK dikehendaki hadir untuk persiapan majlis jam 5.30 ptg 1/10 (Tindakan Semua)
- Pakaian AJK: Baju Melayu lengkap atau jubah (Tindakan Semua)
- Jemput juga jiran-jiran non-muslim terutamanya SS10 (Tindakan Semua)
- Jemput Nazir dan AJK masjid Ar-Rahimah Greenwood dan juga AJK surau-surau yang berdekatan (Tindakan Hj Isa)
- MC majlis ialah Hj Isa (Tindakan Hj Isa)
- Ucapan ringkas Selamat Hari Raya dari Surau Al-‘Izzah oleh Hj Ghani (Tindakan MC)
- MC boleh memanggil atau membuka ruang kepada AJK atau sesiapa yang berminat untuk membuat ucapan Selamat Hari Raya (Tindakan MC)
- Halwa telinga: PA disediakan oleh Sdr Zaidin (Tindakan Hj Suhairy)
- Dekorasi khemah diuruskan oleh pihak wanita (Tindakan Hjh Siti Hadejah)
- JK makanan dan minuman: Sdr Zaki, Hj Burhan & Sdr Sulaiman Pakeh
- Lay out susunan meja, kerusi dan lain-lain dibuat semasa persiapan 5.30 ptg 1/10 (Tindakan W Zukri)
- Adakah dua set hidangan yang berasingan untuk lelaki dan wanita (Tindakan Semua)
- Satu tempat khas untuk minuman yang berasingan dengan tempat makanan (Tindakan Semua)
- Tetamu penuhkan ruangan luar dahulu, sekiranya tidak mencukupi, gunakan juga ruang solat wanita sebagai tempat makan wanita
- Makanan yang dihantar secara potluck dikumpul dan disatukan mengikut jenis (Tindakan Wanita)
- Bekas air untuk minuman – Sdr Kusaini, Hj Suhairi, Hj Burhan dan Hj Alias (Tindakan JK Makanan)
- Bekas letak makanan buffet perlu 10 bekas – Sdra Kusaini ada 6 bekas dan Hj Ghani juga ada beberapa bekas (Tindakan JK Makanan)
- Bekas basuh tangan – gunakan tumbler air, sekurang-kurangnya 2 buah (Tindakan JK Makanan)
- Semua AJK jadi penyambut tetamu – pastikan semua tetamu disambut mesra semasa ketibaan mereka (Tindakan semua)
- Rakaman video dan foto – Hj Alias
Sama-sama kita raikan majlis ini dan kita doakan ianya diberkati oleh Allah SWT, berjalan dengan lancar serta dapat mengeratkan lagi hubungan ukhuwwah di antara ahli qariah.
Catatan oleh: WM Zukri