Month: October 2010

Mesyuarat Korban Surau Al-'Izzah

Alhamdulillah Mesyuarat Majlis Korban Eidul Adha 1431H Surau Al-‘Izzah pada hari Isnin, 25 Oktober 2010 selepas solat Isya’ dihadiri oleh ramai AJK, peserta korban dan juga jemaah surau. Penyertaan korban malam itu juga genap 4 ekor lembu, melebihi sasaran minimum 3 ekor lembu. Mesyuarat ke-2 akan diadakan pada 1 Nov 2010. Satu gotong-royong khas juga

Kuliah Maghrib Khas "MOTIVASI HAJI"

Sempena Majlis Meraikan Bakal Haji ahli kariah Surau Al-‘Izzah pada 21 Oktober 2010, akan diadakan juga Kuliah Maghrib Khas “MOTIVASI HAJI” yang akan disampaikan oleh Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim. Solat Hajat dan jamuan diadakan selepas solat Isya’. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Jom ikuti kuliah Motivasi Haji & raikan bakal haji @ surau

Kelas al-Quran untuk Muslimah

Surau Al-‘Izzah telah mengadakan kelas mingguan al-Quran khusus untuk muslimah pada setiap hari Rabu malam Khamis selepas solat Maghrib mulai 13 Oktober 2010. Kelas ini dibimbing oleh al-Ustaz Zool Amali Muhd Noor. Kelas pertama mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli kariah. Sehubungan dengan itu, surau Al-‘Izzah menjemput ahli kariah di kalangan muslimah untuk hadir

Solat Hajat & Majlis Meraikan Bakal Haji

InsyaAllah Surau Al-‘Izzah akan mengadakan program Solat Hajat sempena Majlis Meraikan Bakal Haji di kalangan ahli kariah Surau Al-‘Izzah. Majlis ini akan diadakan pada hari Khamis malam Jumaat, 21 Oktober 2010. Setakat ini pihak surau telah mengenalpasti beberapa orang ahli kariah yang akan mengerjakan haji tahun ini. Namun begitu, mungkin ada lagi ahli kariah yang

Program Korban di Surau Al-'Izzah

Antara keputusan Mesyuarat JK Surau Al-‘Izzah pada 18 Oktober 2010 ialah mengenai Program Korban Eidul Adha di Surau Al-‘Izzah iaitu: Solat sunat Eidul Adha akan diadakan di Surau Al-‘Izzah Penyertaan korban dibuka kepada ahli kariah dengan bayaran RM370 satu bahagian Penyertaan terhad, tarikh tutup penyertaan pada 24 Oktober 2010, borang boleh didapati di surau atau

Persiapan akhir SHP & MHR Surau Al-'Izzah

Malam tadi (30 September) selepas solat Isyak, JK Surau Al-‘Izzah telah mengadakan perbincangan mengenai persiapan akhir majlis Solat Hajat Perdana dan juga majlis Hari Raya Aidilfitri. Antara perkara yang disentuh ialah tugasan yang telah diberikan kepada beberapa lorong/jalan iaitu: Samudera Selatan: Satay (Hj Suhairy) dan doorgift (Sdr WM Zukri) Samudera Selatan 8: Mee, meehon, soto