September 25, 2010
Solat Hajat Perdana & Majlis Aidilfiri 1 Okt 2010
Assalamualaikum wmwbt,
Semua ahli kariah Surau Al-‘Izzah dan keluarga dijemput ke Majlis Hari Raya Aidilfitri Surau Al-‘Izzah yang akan diadakan pada hari Jumaat 1 Oktober 2010, selepas solat Isya’. Pada malam yang sama juga akan diadakan Solat Hajat Perdana dan juga bacaan Yaasin untuk anak-anak yang akan mengambil peperiksaan PMR, SPM dan juga lain-lain peperiksaan. Sama-samalah kita menjayakan kedua-dua program ini. Semoga hubungan silaturrahim antara kita bertambah erat dan anak-anak ahli kariah kita berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan masing-masing.