Majlis Berbuka Puasa Perdana

Ramadhan kali ini mencatat sejarah bagi Surau Al-‘Izzah apabila buat pertama kalinya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Perdana. Lebih bermakna lagi majlis ini diadakan selepas surau mendapat kelulusan Pendaftaran daripada JAIS. Majlis yang akan diadakan pada 28 Ogos 2010 bersamaan 18 Ramadhan 1431H juga sama dengan tarikh berakhirnya proses pendaftaran ahli kariah Surau Al-‘Izzah (sekaligus jadi ahli kariah Masjid Ar-Rahimah).

Jom kita sama-sama meraikan majlis ini.

Disertakan lagi sekali jadual proses pendaftaran ahli kariah Surau Al-‘Izzah.

Tarikh Perkara Tindakan
1 – 14 Ogos 2010 (14 hari) Memaklumkan kepada anak kariah dan mengedarkan borang pendaftaran anak kariah SU Surau
15 Ogos 2010 Tempoh akhir bagi mengembalikan borang pendaftaran anak kariah Ahli Kariah
16 Ogos 2010 Senarai nama anak kariah dipamerkan di papan kenyataan surau SU Surau
17-19 Ogos 2010 (3 hari) Tempoh untuk membuat bantahan, aduan atau keciciran senarai ahli kariah SU Surau
20-26 Ogos 2010 (7 hari) Tempoh memproses bantahan, aduan atau keciciran senarai ahli kariah Jawatankuasa Penduduk
27 Ogos 2010 Mempamerkan keputusan bantahan jika ada SU Surau
28 Ogos 2010 Mengemaskini Buku Daftar Anak Kariah SU Surau

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *