Taqwa…Natijah akhir madrasah Ramadhan

9 Ogos 2010 – Dalam Ceramah Khas di Ambang Ramadhan, Ustaz Syarhan Humaizi (Penyelaras Masjid Daerah Gombak) telah menyentuh mengenai persediaan menyambut Ramadhan yang merupakan penghulu segala bulan serta dikenali juga dengan nama shahrul maghfirah, shahrul rahmat, shahrul jihad, shahrul quran, shahrul sadaqah dan sebagainya. Beliau turut mengulas maksud al-Baqarah ayat 183 yang secara jelas Allah menyebut bahawa ibadah puasa ini diwajibkan kepada orang-orang yang beriman. (lihat sini).

Seterusnya beliau menyebut antara persediaan menyambut ketibaan Ramadhan ialah melengkapkan diri dengan ilmu, memastikan hati yang betul-betul suci dan meningkatkan amal ibadah serta amal-amal lain sepanjang Ramadhan.

Natijah akhir madrasah Ramadhan yang hendak di capai ialah ketaqwaan kerpada Allah SWT.

Alhamdulillah selain orang dewasa, ramai juga golongan remaja yang menghadiri ceramah ini. Majlis diakhiri dengan jamuan pulut kuning dan lontong selepas solat isya’.


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *