Gotong-royong & Pendaftaran Ahli Kariah 1
31 Julai 2010 – Gotong-royong sempena menyambut ketibaan Ramadhan Kareem Surau Al-‘Izzah mendapat sambutan yang agak meggalakkan dari ahli kariah.
Selain bergotong-royong, sebahagian yang hadir juga ditugaskan berkunjung dari rumah ke rumah untuk mengedar dan mendapatkan pendaftaran ahli kariah. Turut diedarkan juga:
- Brosur Ihya Ramadhan 1431H Surau Al-‘Izzah yang mengandungi juga borang sumbangan untuk aktiviti Ramadhan.
- Risalah Ramadan “Ketibaanmu dinantikan…”
- Jadual Berbuka Puasa Ramadhan 1431H
Alhamdulillah, pada hari tersebut, kesemua lorong di Samudera Selatan iatu SS6-SS10 dan SS (no. rumah 1 – 31) telah dikunjungi dan diedarkan bahan edaran seperti yang dinyatakan di atas. Jalan Samudera Timur 7-10 belum dikunjungi lagi.
InsyaAllah gotong-royong dan gerakerja mengunjungi rumah ke rumah akan diadakan lagi bagi kali kedua pada 7 Ogos 2010. Kehadiran ahli kariah untuk sama-sama menjayakan program ini amat-amat diharapkan. JOM ke surau Sabtu ni!
Kerja-kerja gotong royong seperti dalam foto di bawah.