Month: August 2010

Hari Al-Quds Sedunia

Nak kongsikan satu aktiviti mengenai Palestin HARI AL-QUDS SEDUNIA peringkat negeri Selangor. Maklumat lanjut boleh lihat di www.harialqudssedunia.com. Aktiviti pada malam Merdeka di Masjid Negeri Shah Alam. Berbuka Puasa / Solat Tarawikh / Solat Hajat Perdana – Ramadhan di Ambang Merdeka Tarikh: 31 Ogos 2010 (Selasa) Tempat: Masjid Negeri Shah Alam Jemput hadir beramai-ramai.

Majlis Berbuka Puasa Perdana

Ramadhan kali ini mencatat sejarah bagi Surau Al-‘Izzah apabila buat pertama kalinya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Perdana. Lebih bermakna lagi majlis ini diadakan selepas surau mendapat kelulusan Pendaftaran daripada JAIS. Majlis yang akan diadakan pada 28 Ogos 2010 bersamaan 18 Ramadhan 1431H juga sama dengan tarikh berakhirnya proses pendaftaran ahli kariah Surau Al-‘Izzah (sekaligus jadi

Naiktaraf infra Surau Al-'Izzah Sempena Ketibaan Ramadhan

Alhamdulillah sempena ketibaan Ramadhan Kareem, beberapa infrastruktur Surau Al-‘Izzah telah dinaiktarafkan antaranya ialah: Upgrade lektrik kepada 3-phase (siap 12.00 malam 8 Ogos) PA System – pakai power mixer yang dipinjamkan selama sebulan kepada surau Khemah untuk ruangan solat tambahan jemaah wanita Speaker di ruangan solat tambahan wanita Terimakasih kepada para dermawan yang telah menghulurkan sumbangan

Taqwa…Natijah akhir madrasah Ramadhan

9 Ogos 2010 – Dalam Ceramah Khas di Ambang Ramadhan, Ustaz Syarhan Humaizi (Penyelaras Masjid Daerah Gombak) telah menyentuh mengenai persediaan menyambut Ramadhan yang merupakan penghulu segala bulan serta dikenali juga dengan nama shahrul maghfirah, shahrul rahmat, shahrul jihad, shahrul quran, shahrul sadaqah dan sebagainya. Beliau turut mengulas maksud al-Baqarah ayat 183 yang secara jelas

Ramadhan Kareem… ketibaanmu dinantikan

ESOK kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan, bulan yang dipenuhi keberkatan, semulia-mulia bulan. Di dalamnya diperturunkan al-Quran, dimenangkan ummah menerusi peperangan Badr al-Kubra, al-Yarmuk, al-Qadisiah, al-Hattin dan lain-lain lagi. Ia mengandungi sebaik-baik malam, iaitu malam lailatul qadar, yang lebih baik dari seribu bulan. Ia bulan yang membuka ruang kepada semua Umat Islam untuk mempergandakan amal-amal

Gotong-royong 2

Sabtu, 7 Ogos 2010 – Gotong-royong kali ke-2 kurang mendapat sambutan… antara kerja-kerja yang dibuat ialah; meratakan tempat parking sisi surau sebelah ruangan solat wanita, membuat platform untuk tambahan ruangan solat wanita, mengecat tembok pemisah antara jalan dan surau, menggantung banner dan kerja-kerja naiktaraf elektrik kepada 3-phase. Turut dilakukan juga ialah mengunjungi rumah ahli kariah