Kunjungan Dari Surau

“Assalamualaikum… Assalamualaikum… ada orang ke di rumah?”, “Wa’alaiumussalam wmwbt…ada”
“Apa khabar?”
“Alhamdulillah sihat…”
“Kami ni dari Surau Al-‘Izzah… err ada terima surat ke hari Jumaat lepas?”
“Err..adaa, ada ada..”
“Itulah… surau kita akan adakan program Ihya’ Ramadhan…..”

Hari Ahad ini, rumah ahli kariah Surau Al-‘Izzah akan dikunjungi oleh pegawai-pegawai Surau Al-‘Izzah yang memakai tag nama seperti dalam foto. Mereka akan meyerahkan brosur Ihya’ Ramadhan 1431H Surau Al-‘Izzah, Borang Pendaftaran Ahli Kariah dan Risalah Ramadhan.

Di dalam brosur Ihya’ Ramadhan terdapat borang sumbangan untuk aktiviti sepanjang bulan Ramadhan. Anda boleh menyumbang terus pada waktu tersebut atau menghantarnya kemudian kepada pihak surau. Borang Pendaftaran Ahli Kariah perlu diisi pada waktu itu juga dan diserahkan terus kepada pegawai surau yang mengunjungi rumah anda.

Pastikan pegawai surau yang mengunjungi rumah anda memakai tag nama seperti dalam foto!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *