Pasca Pendaftaran Surau Al-'Izzah

26 Julai 2010 – Subuh tadi SU Penaja Surau Al-‘Izzah, Tuan Haji Isa berkongsi 2 salinan dokumen penting pasca pendaftaran surau iaitu “Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 (Kaedah-kaedah Pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Kariah, (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001″ dan “Mesyuarat Khas Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Surau bagi Sesi 2010-2013”.

Bila membaca sepintas lalu kedua-dua dokumen ini, nampaknya banyak juga kerja yang perlu dibuat oleh JK Penaja terutamanya SU Penaja. Antaranya perlu diadakan “Mesyuarat Agung Khas Pencalonan” yang dipengerusikan oleh Nazir Masjid (Ar-Rahimah) atau wakilnya di kalangan JK Masjid (Ar-Rahimah) atau Ketua Kampung bagi mencalonkan Pegawai dan JK Surau.

Sebelum itu pihak Surau perlu mengadakan proses pendaftaran ahli kariah Surau Al-‘Izzah dan borang ahli kariah perlu dikembalikan kepada SU Penaja Surau 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Khas Pencalonan dijalankan.

Dinyatakan juga kaedah-kaedah untuk mendapatkan pendaftaran ahli kariah iaitu:

  1. Pengumuman sebelum solat Jumaat
  2. Mengadakan minggu pendaftaran ahli kariah
  3. Edaran maklumat dan borang pendaftaran ahli kariah dari rumah ke rumah
  4. Melalui wakil surau, wakil penduduk, wakil taman perumahan ATAU
  5. Apa-apa cara yang difikirkan munasabah.

Satu Buku Daftar Ahli Kariah perlu diwujudkan oleh pihak surau dan senarai nama ahli kariah juga perlu dipamerkan di papan kenyataan surau.

Syarat-syarat Pendaftaran Ahli Kariah ialah:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas lekaki dan perempuan
  3. Tinggal tetap bermukim dan bermastautin di dalam kariah surau
  4. Berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mazhab yang diiktiraf oleh hukum syarak
  5. Sembahyang berjemaah atau membayar zakat fitrah atau menunaikan sembahyang hari raya di dalam surau kariah berkenaan.

Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT. Tunggu makluman selanjutkan daripada pihak surau selepas ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *