JAIS Luluskan Pendaftaran Surau Al-'Izzah

Permohonan pendaftaran Surau Al-‘Izzah dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mendapat kelulusan pada 14 Julai 2010 bersamaan 2 Syaaban 1431H. Dalam surat rasmi mengenai kelulusan ini daripada JAIS kepada pengerusi Surau Al-‘Izzah (lihat foto), disertakan juga no pendaftaran Surau Al-‘Izzah iaitu; JAI.SEL.BPM/01/035/227.

Sehubungan dengan kelulusan ini, Surau Al-‘Izzah secara rasminya berada di bawah kariah masjid Ar-Rahimah Greenwood. Surau Al-‘Izzah juga tertakluk di bawah “Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 (Kaedah-kaedah Pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Kariah, (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001 dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003” seperti yang dinyatakan dalam surat kelulusan ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *