Forum Maya Surau Al-'Izzah Bermula

Mulai hari ini, 12 Julai 2010 (Isnin), satu forum maya untuk ahli kariah Surau Al-‘Izzah telah diwujudkan di bawah jaringan surau-alizzah@yahoogroups.com. Setakat ini ahli forum dianggotai oleh 25 orang ahli kariah yang telah mengemaskini data ahli sama ada melalui emel atau borang yang diletakkan di surau. Namun begitu, semua ahli kariah yang belum berkesempatan mengemaskini data ahli kariah, masih boleh berbuat demikian melalui cara-cara seperti yang diwar-warkan sebelum ini (lihat di sini) dan seterusnya akan dimasukkan ke dalam forum maya kita.

Sama-samalah kita memanfaatkan forum maya ini untuk kebaikan bersama.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *