Month: July 2010

Kunjungan Dari Surau

“Assalamualaikum… Assalamualaikum… ada orang ke di rumah?”, “Wa’alaiumussalam wmwbt…ada” “Apa khabar?” “Alhamdulillah sihat…” “Kami ni dari Surau Al-‘Izzah… err ada terima surat ke hari Jumaat lepas?” “Err..adaa, ada ada..” “Itulah… surau kita akan adakan program Ihya’ Ramadhan…..” Hari Ahad ini, rumah ahli kariah Surau Al-‘Izzah akan dikunjungi oleh pegawai-pegawai Surau Al-‘Izzah yang memakai tag nama

GOTONG-ROYONG!

Sempena ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak, Surau Al-‘Izzah akan mengadakan program GOTONG-ROYONG SURAU AL-‘IZZAH pada 1 Ogos 2010 (Ahad) ini, mula 10 pagi…. JOM datang beramai-ramai supaya kita dapat beribadah dengan lebih selesa sepanjang Ramadhan nanti di Surau Al-‘Izzah.

Pasca Pendaftaran Surau Al-'Izzah

26 Julai 2010 – Subuh tadi SU Penaja Surau Al-‘Izzah, Tuan Haji Isa berkongsi 2 salinan dokumen penting pasca pendaftaran surau iaitu “Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 (Kaedah-kaedah Pegawai Masjid dan Ahli Jawatankuasa Kariah, (Negeri Selangor) (Pindaan) 2001″ dan “Mesyuarat Khas Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Surau bagi Sesi 2010-2013”. Bila membaca sepintas lalu kedua-dua dokumen

JAIS Luluskan Pendaftaran Surau Al-'Izzah

Permohonan pendaftaran Surau Al-‘Izzah dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mendapat kelulusan pada 14 Julai 2010 bersamaan 2 Syaaban 1431H. Dalam surat rasmi mengenai kelulusan ini daripada JAIS kepada pengerusi Surau Al-‘Izzah (lihat foto), disertakan juga no pendaftaran Surau Al-‘Izzah iaitu; JAI.SEL.BPM/01/035/227. Sehubungan dengan kelulusan ini, Surau Al-‘Izzah secara rasminya berada di bawah kariah

Perkongsian Ir Dr Selamat di Surau Al-'Izzah

Taman Samudra, 13 Julai 2010 – Sesi perkongsian bersama Ir Dr Selamat Aliman, salah seorang aktivis dalam kapal Mavi Marmara dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza di Surau Al-‘Izzah telah dihadiri juga oleh ahli kariah masjid dan surau sekitar Taman Samudra. Ir Dr Selamat yang juga merupakan Pengerusi JK Perhubungan Antarabangsa JIM, Timbalan Pengarah PACE

FLOTILLA CAMPAIGN SUMMARY REPORT

“PALESTINE OUR ROUTE, HUMANITARIAN AID OUR LOAD – FLOTILLA CAMPAIGN SUMMARY REPORT” – Laporan ini dikeluarkan oleh  Turkish IHH Humanitarian Relief Foundation, penganjur utama Gaza Flotilla yang mengandungi maklumat terperinci berkenaan misi bantuan kemanusiaan ini, mengenai kapal dan peserta (sukarelawan). Turut dimuatkan perincian perjalanan misi bantuan kemanusiaan ini termasuk ketika diceroboh dan dirampas oleh komando

Forum Maya Surau Al-'Izzah Bermula

Mulai hari ini, 12 Julai 2010 (Isnin), satu forum maya untuk ahli kariah Surau Al-‘Izzah telah diwujudkan di bawah jaringan surau-alizzah@yahoogroups.com. Setakat ini ahli forum dianggotai oleh 25 orang ahli kariah yang telah mengemaskini data ahli sama ada melalui emel atau borang yang diletakkan di surau. Namun begitu, semua ahli kariah yang belum berkesempatan mengemaskini