Boikot CocaCola, McD, L'Oreal dan Nestle

Surau Al-‘Izzah, 21 Jun 2010 – Ceramah “Bersamamu Palestin” oleh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dimulai dengan slaid bertajuk “Syuhada Mavi Marmara” yang memaparkan foto dan sedikit  latarbelakang para syuhada Mavi Marmara. Seterusnya Dr Hafidzi menceritakan ciri-ciri para syuhada sepertimana yang diceritakan oleh Sdra Noorazman (ketua misi LL4G dari Malaysia), antaranya;

1. Suka memberi khidmat – Ada 2 orang dari kalangan mereka yang sering melayan tetamu, menghidang teh ketika orang bermesyuarat atau berbincang. Apabila mereka melihat tempat bersepah merekalah yang bangun menyapu dan membersihkan.
2. Sangat mesra dalam meraikan tetamu – Sentiasa menunjukkan wajah yang manis di hadapan tetamu. Keikhlasan tergambar pada wajah mereka.

Seterusnya Dr Hafidzi membawa kisah pengepungan dan pemboikotan orang Quraish ke atas Bani Hasyim yang berlangsung selama 3 tahun yang  akhirnya ditentang sendiri oleh orang-orang Quraish yang bersimpati dengan  Rasulululah SAW. Peristiwa ini dibandingkan dengan keadaan yang berlaku di GAZA dan juga tekanan antarabangsa yang dihadapi oleh Israel sekarang, bukan sahaja daripada orang Islam tetapi juga orang-orang bukan Islam. Perspektif seerah yang dibawa oleh Dr Hafidzi ini adalah suatu yang menarik untuk kajian bersama.

Selepas itu, Dr Hafidzi meneruskan penyampaiannya dengan berkongsi beberapa pegalaman Ir Dr Selamat Aliman dan Ust Hasanuddin di atas kapal Mavi Marmara. “Paling baik sahabat-sahabat kita ini yang menceritakan sendiri kepada tuan/puan”, kata Dr Hafidzi. Kata-kata ini ternyata membangkitkan minat pihak Surau untuk menjemput mereka berdua berkongsi pengalaman di surau Al-‘Izzah. Alhamdulillah Ir Dr Selamat Aliman yang dihubungi bersetuju untuk bersama dalam sesi perkongsian pada 13 Julai 2010.

Dr Hafidzi menutup penyampaian beliau dengan mengajak jemaah untuk sama-sama membebaskan bumi Al-Aqsa. Tiga perkara yang disebut oleh Dr Hafidzi yang boleh dibuat oleh para jemaah ialah; mendoakan kejayaan umat Islam
di Palestin, memberi sumbangan (tenaga dan kewangan) dan memboikot 4 produk utama iaitu CocaCola, McD, L’Oreal dan Nestle. Alhamdulillah Kutipan yang diperolehi sebanyak RM344.45.

Selepas ceramah, pasukan Aqsa Sharif  Batu ditawarkan oleh En Azmi dan Pak Wan (orang kuat pasar malam Samudra dan Selasih) untuk membuka booth di Pasar Malam Samudra (Rabu) dan Pasar Malam Selasih Fasa 2 (Jumaat). “Saya boleh bawa tabung keliling pasar malam”, kata En Azmi dan Pak Wan bersemangat. Sukarelawan Aqsa Syarif Batu, Dr Munawar menyahut tawaran ini dan akan mencari sukarelawan  untuk membantu.

Laporan oleh: Abu Syamil

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *