Forum Umum Palestin

Forum Umum Aqsa Syarif yang bertemakan Palestin: Rakyat Malaysia Bersamamu akan diadakan pada 9 Jun bermula jam 8.00 malam di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebagai manifestasi sokongan padu dan solidariti rakyat Malaysia. Ahli panel forum ini terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dan kaum yang akan berkongsi pandangan dan keprihatinan mereka terhadap perjuangan Palestin.

Acara kemuncak program ini ialah testimoni yang jelas dan tepat dari sukarelawan Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan tentera rejim zionis Israel.

Program ini merupakan program bersama keluarga yang bermakna sempena cuti sekolah. Para hadirin akan dihiburkan dengan persembahan  artis tempatan dan penampilan khas oleh aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang akan mendeklamasikan puisi Palestin serta persembahan multimedia

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai program itu dengan menghubungi wakil Aqsa Syarif Wilayah Persekutuan dan Selangor iaitu Ammar (019 2777202), Mohd Azmi Mohd Amin (019 2255367), Yusof Ahmad (019 2256115), Siti Aishah (013 3670010), Mohammad Mundzir (013 3653963)  atau layari laman sesawang http://aqsasyarif.com/.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *