Boikot Produk Israel

Rejim zionis Israel menggunakan pelbagai media yang dikuasainya untuk memanipulasikan peristiwa serangan mereka ke atas kapal Mavi Marmara yang membawa aktivis daripada lebih 50 negara dalam misi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.

Bertahun-tahun masyarakat di seluruh dunia mengumpul dana bagi membantu rakyat Gaza melalui misi ini dengan barangan seberat 10,000 tan dirampas begitu sahaja oleh rejim zionis Israel yang kononnya akan diserahkan sendiri oleh mereka kepada penduduk Gaza… bolehkah kita percaya janji bangsa Yahudi ini?

Sebagai umat Islam apa yang kita boleh lakukan?

Seorang sahabat saya telah menghasilkan satu video sebagai respon kepada cerita rekaan Israel. Video beliau boleh dilihat di http://www.youtube.com/watch?v=vbhIoZ7B9dc

Viva Palestina Malaysia (VPM) pula mengajak masyarakat memboikot beberapa produk yang menyumbang kepada keganasan Israel melalui kempen Boycott Walkabout (lihat foto). Pagi tadi (Ahad, 6 Jun 2010) aktivis VPM menjalankan kempen ini di Jalan Bukit Bintang.

Ulama terkenal Dr Yusuf al-Qardhawi mengeluakan fatwa, “Satu riyal yang anda belanjakan untuk membeli produk Israel dan Amerika, sama dengan satu butir peluru yang akan merobek tubuh saudara anda di Palestin!”

Masihkah lagi kita menggunakan produk yang terang-terangan menyokong keganasan Israel?

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *