Qunut Nazilah Dalam Solat

2 Jun 2010 – Semasa solat Subuh pagi tadi di Surau Al-‘Izzah, imam solat iaitu Ustaz Mohammad telah membaca qunut nazilah semasa solat dan juga doa selepas solat.

Walaupun kita bersyukur kepada Allah SWT kerana mendapat berita bahawa semua rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marmara selamat, tetapi mereka dan aktivis lain dalam kapal yang sama kini berada dalam tahanan rejim zionis Israel laknatullah. Berita keadaan mereka ini telah disampaikan oleh Pengerusi Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) dan Sokongan Keluarga Misi LL4G Malaysia, Zulkifli Mohd Nani petang semalam.

Sehubungan dengan itu, seluruh muslimin dan muslimat disarankan untuk membaca qunut nazilah setiap kali solat lima waktu bagi memohon kepada Allah SWT agar dibinasakan rejim zionis Israel serta diberikan kekuatan kepada kumpulan sukarelawan yang sedang ditahan dan berhadapan dengan rejim zionis itu di Gaza dan seluruh dunia.

Caranya ialah anda boleh membaca qunut nazilah pada rakaat yang terakhir selepas rukuk yang terakhir setiap kali solat.

Bacalah qunut nazilah dan amalkan secara berterusan…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *