Kempen Kemaskini Data Ahli Kariah

Asslamualaikum wm wbt,

Ahli kariah Surau Al-’Izzah yang dihormati,

KEMASKINI DATA AHLI KARIAH SURAU AL-’IZZAH

Merujuk kepada perkara di atas, pihak Surau Al-’Izzah sedang dalam proses mengemaskini data ahli kariah surau bagi meningkatkan keberkesanan komunikasi untuk memudahkan urusan bersama. Untuk makluman, ahli kariah Surau Al-’Izzah ialah penduduk yang tinggal di:

  1. Jln Selatan 5-10
  2. Jln Timur 6-9
  3. Jln Selatan no. rumah 1-31

Sehubungan dengan itu, pihak Surau Al-’Izzah memohon kerjasama semua ahli kariah untuk mengemaskini data masing-masing sama ada secara online (isi borang online di sini) atau SMS (kepada SU Surau Hj Isa Ali 019-727 9790) atau melalui Borang Kemaskini Maklumat Ahli Kariah Surau Al-’Izzah yang boleh diperolehi di surau.

Tempoh kemaskini ialah mulai 1 Jun 2010 hingga 30 Jun 2010.

Kerjasama daripada tuan/puan kami ucapkan ribuan terimakasih.

Wassalam.

Haji Isa bin Ali
SU Surau Al-’Izzah

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *