Penerangan Laman Web Surau Al-'Izzah

30 Mei 2010 – Selepas solat Isya’, Sdra Wan Mohd Zukri telah memberi penerangan mengenai pembangunan dan perkembangan laman web Surau Al-‘Izzah kepada JK Surau Al-‘Izzah. Majlis ini dihadiri oleh Pengerusi Surau Hj Desa Ali, SU Surau Hj Isa Ali, Bendahari Surau Sdra Zulkefli dan beberapa orang JK Surau. Antara perkara yang diberi penerangan ialah: Ojektif laman web, pengendali, kewangan, hebahan dan beberapa tindakan susulan. Bahan penerangan boleh dirujuk di sini.

Perkara-perkara yang diputuskan bagi mengisi ruangan menu yang masih belum lengkap dan perkara-perkara berkaitan laman web ialah:

  1. JK Surau : Dapatkan softcopy Struktur Orgnanisasi surau daripada  Hj Alias (012-2088990)
  2. Ahli Kariah : Ahli Kariah Surau Al-‘Izzah ialah penduduk: Jln Selatan 5-10,  Jln Timur 6-9, Jln Selatan no. rumah 1-31. Senarai ahli kariah diperolehi dengan cara berikut: Melalui borang online dalam laman web (belum ada, kena buat), banner makluman kemaskini ahli kariah. Pada banner selain alamat laman web, masukkan juga kemaskini boleh dibuat melalui SMS atau emel kepada SU Surau Hj Isa Ali (019-727 9790). Tempoh kemaskini data ahli kariah dari 1 Jun 2010 hingga 30 Jun 2010.
  3. Jadual Program : Hardcopy Jadual Program daripada Ustaz Mohammad telah diterima semasa majlis penerangan.
  4. Tazkirah : Selain daripada teks tazkirah, ruangan ini juga boleh diisi dengan rakaman video tazkirah/ceramah di Surau Al-‘Izzah yang telah di“youtube”kan.
  5. Tabung Khairat : Maklumat mengenai Tabung Khairat akan diberikan oleh Sdra Zulkefli (013-6012353)
  6. Masukkan satu ruangan/menu untuk makluman kutipan Tabung Bulanan.
  7. Pembangunan : Maklumat terperinci pembangunan surau daripada Sdra Khusaini (012-2153440).
  8. Cadangan pembinaan frame besi untuk gantung banner di sisi depan-kanan surau dipersetujui.
  9. Tambahan Moderator : SU (isa154@gmail.com), Pengerusi (hjdesa@yahoo.com), Bendahari (zulkefli@mediserve.com.my) dan  Ustaz Mohammad (samadgong@yahoo.com).
  10. E-groups Surau Al-‘Izzah dibuat selepas data ahli kariah dalam (2) di atas diperolehi.

Pada akhir sesi penerangan, Sdra Wan Mohd Zukri juga mengambil peluang menayangkan slaid mengenai misi Lifeline4Gaza yang turut disertai oleh 11 orang rakyat Malaysia. Dua orang daripada mereka ialah sahabat beliau iaitu Dr Ir Selamat Aliman (Pengerusi JK Antarabangsa JIM dan Fellow kanan PACE) dan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus (Pengerusi Aqsa Syarif) di samping rakan-rakan dalam Haluan, Yayasan Amal dan Muslim Care.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *